Kamis, 07 Juni 2012

Stadion Anfield


         Anfield adalah stadion sepakbola di Anfield, Liverpool, Inggris yang memiliki kapasitas tempat duduk 45.276 . 

Sejarah

Dalam tahun 1882, Everton, terpaksa mematuhi peraturan baru liga bola sepak yang menetapkan supaya permainan perlu dilaksanakan di dalam stadium yang tertutup. Ketika itu Everton bermain menggunakan kemudahan padang terbuka di Stanley Park. Everton berjaya menyewa padang Anfield dengan harga yang murah. Perlawanan pertama diadakan di Anfield pada 28 September 1884 bila mana Everton menumpaskan Earlstown 5-0.
Dalam tahun-tahun berikutnya, John Houlding, pemilik Anfield membuat pelaburan dengan membina tempat duduk dan memperbaiki kemudahan di Anfield. Jumlah penonton menjangkau 8,000 untuk satu perlawanan. Tetapi harga sewa masih pada kadar yang lama. Pertelingkahan berlaku dengan Everton mengenai kadar sewa yang hendak dikenakan. Akhirnya Everton berpindah ke Goodison Park dan John Houlding ditinggalkan dengan stadium yang tidak berpenghuni.

Stadion Anfield memiliki 4 gelanggang penonton :

The Kop

Dalam tahun 1906, teres bertingkat untuk penonton dibina. Tempat ini diberikan nama Spion Kop, mengambil sempena nama sebuah bukit di Natal, Afrika Selatan, yang menjadi tapak pertempuran semasa Perang Boer Kedua. Di medan pertempuran itu, lebih 300 orang anggota Tentera British daripada Rejimen Lancashire gugur. Ramai daripada mereka yang gugur berasal dari Liverpool. The Kop dipasangkan bumbung dalam tahun 1928.
Pada kemuncaknya, The Kop pernah menempatkan 28,000 orang penonton. Sehinga yahun 1980-an, The Kop tdiak dipasangkan dengan tempat duduk. Penonton berdiri untuk menyaksikan perlawan dan menyorak pasukan mereka. Teh Kop menjadi masyur kerana penyokong fanatik tertumpu di The Kop. Diriwayat penonton di The Kop boleh menyedut masuk bola ke dalam gawang!
Kerusi hanya dipasangkan hanya selepas berlakunya Tragedi Hillsborough tahun 1989 dan penguatkuasaan peraturan baru yang mensyaratkan stadium ditukar menjadi stadium bertempat duduk seluruhnya. kerja pembinaan The Kop dengan tempat duduk diap tahun 1995. Kapasiti penonton di The Kop sekarang adalah 12,409 dengan 9 tempta untuk mereka yang kurang upaya.

Anfield Road Stand

Pada asalnya, Anfield Road Stand hanya mempunyai satu baris tempat duduk berteres yang mempunyai tempat duduk berwarna-warni. Seksyen ini telah dibina semula tahun 1998 sebagai tempat duduk dengan dengan dua bahagian, dan kini boleh memuatkan 9,074 penonton dengan 2,654 orang penonton di bahagian atas dan 6,391 penonton di bahagian bawah bersama-sama 29 tempat untuk mereka yang kurang upaya. Penyokong-penyokong pasukan lawan ditempatkan di sini.

Bahagian Utama Main Stand

Dibina dalam tahun 1895, Main Stand adalah tempat duduk utama di Anfield dan dibina untuk menampung 3,000 orang penonton. Kos pembinaan ketika itu adalah £1,000. Struktur ini dibuat menggunakan kayu. Walaupun bahagian ini dipanggil Main Stand, namun The Kop menjadi tumpuan penyokong-penyokong yang fanatik. main Stand adalah bahagian pertama dinaik taraf di Stadium Anfield. Dalam tahun 1973, Bahagian ini telah dibangunkan semula dan dibesarkan. [1]
Bumbung baru dipasang, dan apabila siap telah dirasmikan oleh Duke of Kent. Main Stand boleh menampung sejumlah 12,277 orang penonton, terdiri dari 9,597 orang penonton di gelanggang duduk utama, 2,409 orang di bahagian Paddock, 177 di bilik Pengarah, 54 orang di bilik Akhbar dan ruang untuk 40 orang kurang upaya.

Centenary Stand

Sebenarnya tempat duduk pertama dibina di Anfield telah dibina di bahagian ini. Tempat duduk ini dibina denga harga £64 oleh kontraktor bernama George Rutherford.
Pada asalnya, bahagian tempat duduk ini dipanggil Kemlyn Road Stand. Tingkat kedua ditambah di bahagian ini, dan dalam tahun 1992 diberikan nama Centenary Satnd sempena ulangtahun ke-100 penubuhan Liverpool. Kapisiti penonton berjumlah 11,762 orang, terdiri dari 4,600 orang di bahagian atas dan 6,814 orang di bahagian bawah serta 348 orang lagi di dalam bilik-bilik eksekutif.

Kapasiti Keseluruhan

Kapasiti penonton Anfield keseluruhan ketika ini adalah 45,362. Anfield dikategorikan sebagai stadium 4 bintang oleh UEFA dan boleh mengelolakan perlawanan akhir Piala UEFA.